PROGRAM PENINGKATAN DAYA SAING KEUSAHAWANAN B 40

Anda pernah dengar MESTI tak? Eh, bukan persijilan MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tu.
Kali ini kita nak bagitahu mengenai program latihan Bahasa Inggeris. Nama program ni, MESTI.
MESTI atau dikenali sebagai Malaysia Entrepreneurship Training Initiative adalah program pembelajaran direka khas untuk membantu meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris untuk golongan B40.
Antara yang akan dipelajari adalah cara membuat panggilan, teknik rundingan, khidmat pelanggan dan pelbagai lagi.
Senang cerita, kalau nak tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, memang sesuai sangat untuk join Program MESTI!
Lagi-lagi usahawan, elok juga masuk kelas Bahasa Inggeris macam ni. Nanti nak pitching dekat company besar-besar dalam Bahasa Inggeris pun mesti jadi lebih yakin. Mana tahu, bisnes dah berkembang, customer pun ada yang dari luar negara, kita pun tak ada masalah untuk berkomunikasi.
Yuran? Percuma je! Daftar segera!
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin