mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti dan Kelas 2016

Kelas Pembelajaran Golongan Belia

Latihan : Kelas Dashboard

Tarikh  : Januari 2016

Kelas ini bertujuan menerangkan kepada Golongan belia mengenai aplikasi Dashboard yang terbaru di lancarkan oleh Pusat Internet 1Malysia. Petugas memberi penerangan kepada mereka aplikasi yang terdapat di dalam sistem Dashboard seperti Ihealth, Myshop, Mykomuniti, MySoal dan Myskool. Aktivti seperti ini akan di jalankan sepanjang tahun. Penekanan di berikan kepada aplikasi My Shop di mana pengguna boleh melakukan aktivti jual beli atas talian.

 

 

Kelas Pembelajaran Pelajar Sekolah Rendah

Latihan : Aktiviti Membuat Folio

Tarikh  : Februari 2016

Kelas ini bertujuan di khususkan kepada golongan Pelajar Sekolah Rendah di mana petugas membantu mereka dalam menyipkan tugasan sekolah iaitu bagaimana menghasilkan folio. Mereka di ajar bagaimana menyalin dan melatakkan sumber maklumat yang diperolehi dari internet dan memasukan maklumat tersebut ke dalam microsoft Word. Mereka juga di ajar bagaiamana memasukkan gambar, jadual dan menggunakan fonts serta tools yang terdapat di dalam microsoft word.

 

Kelas Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah

Latihan : Kuiz ICT dan Pertandingan membuat Origami

Tarikh  : March 2016

Program yang di lakukan sempena musim cuti sekolah ini adalah bertujuan mengisi masa lapang pelajar dengan mengadakan aktiviti berfikir, berdaya saing, kreativiti dan cipta idea dengan menggunakan kertas untuk mencipta origami dari sumber Youtube. Pelajar di berikan kertas soalan berkaitan ICT, Asas Komputer dan Teka silang kata untuk mereka bersaing sesama mereka bagi mendapat markah yang paling tinggi dan seterusnya menjadi pemenang. Soalan yang di berikan adalah berbentuk ICT dan pembelajaran yang telah di pelajari pada kelas – kelas sebelum ini. Selain itu, pada sesi sebelah petang pula mereka di berikan beberapa kertas A4 berwarna bagi menghasilkan origami yang kreatif dan cantik dengan menggunakan sumber dari youtube.

 

 

Kelas Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah

Latihan : E-Pembelajaran Permainan Atas Talian (Soduku dan Puzzle)

Tarikh  : April 2016

Konsep Dasar Pembelajaran Menggunakan Media Games Puzzle dan Soduku. Pelajar dapat menggunakan fikiran untuk menyelesaikan masalah, kreativiti dan bersaing sesama sendiri. Pelajar dapat mengeksplorasi fikiran dan menguji minda dengan bermain game seperti puzzle dan soduku. Ianya juga menjadikan pelajar berdaya saing dan menjadikan pertandingan dapat bersaing secara sihat. Membantu pelajar meningkatkan kemampuan yang ada seperti kecekapan dan ketangkasan berfikir, ketajaman mata dan proses belajar lebih efektif. Selain itu juga. membantu pelajar bersabar dan berfikir secara logik

 

Kelas Multimedia (Golongan Belia)

Latihan : Mencipta Emel dan Pengenalan Dashbord PI1M)

Tarikh  : 23 Mei 2016

Ulasan : Kelas ini adalah Menerangkan kepada peserta mengenai penggunaan email seperti yahoo mail atau gmail di dalam kehidupan. Membantu peserta membuat media baru seperti mendaftar email menggunakan gmail dan memuat naik turun aplikasi gmail dari playstore di dalam smartphone. Belajar membuat Biodata diri dan bagaimana menghantar maklumat diri menggunakan email.

 

Kelas Ulangkaji Pelajaran / Membuat Folio

Latihan : Membuat folio menggunakan Microsoft Word

Tarikh : 5 Mei 2016

Ulasan : Membantu peserta meningkatkan kemahiran kecelikan teknologi menggunakan komputer untuk menggunakan aplikasi asas komputer seperti Microsoft Word dan Excel. Peserta di ajar menggunakan table tools dan bagaimana membuat folio sekolah menggunakan Microsoft Office.