Aktiviti dan Kelas 2015
Kelas Microsoft Excel
Pada Bulan Oktober dan November telah di jalankan Kelas Microsoft Excel dan latihan Matematik kepada pengunjung yang berumur 9 tahun sehingga 15 tahun. Mereka di ajar asas Microsoft Excel dan setelah selesai dan memahami cara penggunaan formula di dalam microsoft excel mereka di berikan latihan supaya dapat menambah kemahiran dan pengetahuan mengenai Microsoft Excel. Memandang pembelajaran di dalam microsoft Excel memerlukan perhatian yang lebih berbanding microsoft Word. Ini kerana di dalam microsoft Excel mereka akan di ajar bagaimana menggunakan Graf, Jadual, Carta, Nombor dan Formula.
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Taman Murai Jaya
Tarikh : Oktober dan November 2015
Waktu : 10 pagi – 1 petang


Kelas Word Kreatif
Program Pembelajaran menggunakan Microsoft Word. Ianya melatih peserta mempelajari bagaimana membuat poster, mengedit gambar, menggukan tools yang ada di dalam microsoft word. Setiap peserta yang kreatif hasil posternya layak mendapatkan Headphone secara percuma. Sijil penyertaan juga diberikan kepada setiap peserta yang menyertai program ini.
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Taman Murai Jaya
Tarikh : 28 – 29 April 2015
Waktu : 10 pagi – 1 petang
Peserta terlibat : 13 orang


* Boleh juga merujuk gambar – gambar yang terdapat di dalam Galeri Foto.